Sunday, January 17, 2021

Apa itu Market Depth dalam Saham

 Market depth ini kebiasaannya digunakan oleh pedagang yang ingin mengambil kesempatan terhadap pergerakan harga saham dalam jangka masa singkat. Bagi pedagang yang menggunakan strategi ini, liquidity saham tersebut merupakan kriteria yang penting untuk mereka membeli dan menjual dengan cepat.

Market depth juga dapat memberi petunjuk momentum jangka masa singkat. Market depth yang menunjukkan que order belian melebihi que order jualan menandakan saham tersebut berada dalam momentum belian. Sebaliknya pula, que order jualan yang melebihi que order belian pula menandakan saham tersebut berada dalam momentum jualan.

Walaubagaimanapun, penguasaan ilmu market depth ini bukanlah satu keperluan bagi seseorang untuk mula melabur atau berdagang saham. Ianya merupakan ilmu tambahan kepada para pelabur dan pedagang.

Dalam konsep saham ni, katakanlah kita nampak harga sekarang RM1.24, tapi kita terlajak kaya duit banyak sangat dan offer untuk beli pada harga lebih mahal RM1.30. Bursa akan sentiasa jual pada kita harga yang paling rendah dalam Que. Inilah dikatakan konsep Best Sell.

Tapi ada sesuatu yang terbalik untuk istilah Buy & Sell ni.

  • Kalau kita nak beli, kita perlu tengok pada Best Sell
  • Kalau kita nak jual, kita perlu tengok pada Best Buy

Ini adalah harga yang diniagakan pada hari itu. Melalui gambar ini kita boleh lihat buy rate (B%) dan volume (Vol%).

Pada price berapakah volume paling banyak ‘berkumpul’?

Berdasarkan data, kita boleh katakan bahawa 57.51% diniagakan atau bertukar tangan pada harga 0.560 sen.

Volume paling banyak biasanya berlaku pada area support ataupun resistance.

Kemudian kita lihat pula pada buy rate, pada volume terbanyak (57.51%) buy rate adalah sebanyak 60%.

Buy rate ini adalah lebih baik jika nilainya atas 60%.

Apa signifikannya? Jika atas 60% bermakna ramai pelabur yang buy up pada harga tersebut, dalam contoh kali ini 0.560 sen.

Kalau kombinasi ini (volume terbanyak dan buy rate atas 60%) terjadi, kita akan katakan bahawa pada paras harga 0.560 sen wujudnya satu support yang kuat.

Jadi mereka yang ingin entry pada satu keadaan yang strategik maka boleh entry pada 0.560 sen.

Seterusnya kita akan pergi part volume.


Cara Membaca Market Depth Chart Saham

Wednesday, January 13, 2021

Trading Hours di BSKL

 

MASA
SITUASI
PENERANGAN
8.30am – 8.59am
Pre-opening
Bursa baru nak buka kedai. Proses jual dan beli saham sedang diatur.
9.00am – 12.30pm
Sesi Pertama
Proses jual beli saham pada harga pasaran boleh dilakukan
12.31pm – 1.59pm
Rehat

2.00pm – 2.29pm
Pre-opening
Bursa baru nak buka kedai. Proses jual dan beli saham sedang diatur.
2.30pm – 4.44pm
Sesi Kedua
Proses jual beli saham pada harga pasaran boleh dilakukan
4.45pm – 4.50pm
Pre-closing
Bursa nak tutup kedai. Proses jual beli sedang ditapis. Ini kerana Bursa ingin mengelakkan aktiviti massage (manipulasi) harga saham utama dan juga indeks di saat akhir.
4.51pm – 5.00pm
Trading At Last
Masih boleh melakukan transaksi jual beli tetapi hanya pada satu harga yang telah ditetapkan.

Dagangan akan dilakukan Lima(5) hari seminggu dari hari Isnin sehingga Jumaat, namun jika berlaku Cuti Umum pada hari tersebut maka pasaran saham akan di tutup dan jika Cuti umum berlaku pada hari Ahad, maka keesokan harinya akan ditutup.

1

Pre-Opening

Terdapat 2 sesi Pre-Opening iaitu sesi pagi 8.30AM & sesi petang 2.00PM.
Ia berlaku pada 30 minit sebelum pasaran di buka. Pada waktu ini, kita boleh que apa saja harga namun ia tidak akan "matched". Pelabur juga boleh ubah atau batalkan urusniaga (order)
2

Opening Auction

Masa ini order dalam sistem akan matched dan tidak dibenarkan lagi untuk membuat new order dan membatalkan atau mengubah order yang dibuat.
Harga akan dibuka berdasarkan Theoretical Opening Price (TOP) yang dikira sewaktu Pre-Opening. Order yang sedia ada akan dibawa pada main trading.
3

Main Trading

Fasa ini, order yang dibuat tidak akan secara automatic matched.
Dibenarkan untuk ubah dan batalkan order yang dibuat.


Pada waktu pasaran saham global dibuka, sentimen pasaran akan menyebabkan pasaran berubah. Jam Malaysia kira-kira 3 hingga 4 petang, pasaran saham global Eropah bermula. Ketika ini jugalah market akan berubah arah selaras dengan pasarannya.

Selain itu, terdapat banyak lagi pasaran global dan waktunya yang boleh anda kenal pasti. Jangan lupa bahawa anda juga perlukan khidmat stock brokerage dari luar negara mengikut negara tersebut. 

Saham global memerlukan anda bekerjasama dengan brokerage dan memerlukan anda menggunakan platform yang berlainan. Kemudian, ikutlah waktu dagangan pasaran saham global yang telah kami kongsikan tadi. Semoga bermanfaat.

Waktu Bursa Saham Malaysia Didagangkan

Saham Goreng Dalam Bursa

  Ketentuan ini melarang dilakukannya serangkaian transaksi efek oleh satu pihak atau beberapa pihak yang bersekongkol, sehingga menciptakan...